Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hahahaha
Mari mulakan entri kali ini dengan salam Dan senyuman (anggaplah aku hahaha tu sambil senyum). Teruk betul aku entri sebelum ni salam pun aku tak beri. Aku harap pembaca semua sihat belaka supaya bolehlah baca blog aku ni 😊 *senyum ikhlas.
Okay. Kali ini, aku nak cerita kisah kuliah minggu pertama aku. Sebenarnya, minggu pertama di universiti ni belum mula belajar sangat pun. Tidak dinafikan ada pensyarah yang berkaliber sudah pun memulakan kuliah mereka, tetapi rata-ratanya tidak berbuat demikian kerana masih ada pelajar yang belum mendaftar. Ini tidak termasuk dengan cuti yang banyak pada bulan September 😅
Okay, okay dan okay. Minggu pertama, bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, subjek yang menyebabkan terwujudnya blog aku ni 🤣, Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim, pensyarah untuk subjek ni telah memberi penerangan ringkas tentang subjek yang diajar. Ini termasuklah rangka kursus, projek yang perlu kami buat dan apa yang bakal aku belajar dalam subjek ni.
Sejujurnya, aku berasa sangat teruja untuk belajar subjek ni. Aku tak pernah dapat peluang untuk belajar dengan Prof. ni. Aku baru tahu yang Prof. ni seorang yang serius. Dalam percakapan dia yang kelakar tu, ada terselit ketegasan di situ. Aku mengaguminya.
Sekian sahaja perkongsian aku kali ini.
Sampai jumpa lagi 👋
Problem are hurdles for success, Struggle to reach for triumph - Noraien Mansor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah
Assalamualaikum dan salam sejahtera ✌ Yeayyyyy akhirnya aku berjaya sampai ke perkongsian yang terakhir ni. Aku ni bukan apa, teruja se...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ✌ Aku sekarang dalam keadaan sihat je dan aku harap orang yang sudi baca blog aku ni berada dalam k...
-
Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Okay, mari teruskan dengan minggu keempat. Minggu ni, Prof. ada seminar di negara Temasi...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 😊 Seperti biasa, aku harap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja sekarang ni. ...
No comments:
Post a Comment
Anda boleh tinggalkan komen sesuka hati anda di sini :)