Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai semua. Aku harap pembaca yang baca blog
aku ni dikurniakan kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat untuk menghadapi
hari-hari yang mendatang di muka bumi Allah ni. Semoga anda semua berada dalam
lindungan Dia yang Maha Kuasa.
Perkongsian kali ini adalah perkongsian bebas.
Sejujurnya dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku betul-betul tak tahu apa
yang patut aku kongsikan dalam blog ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk
kongsikan tentang kelas aku yang lepas.
Kelas yang aku pilih ialah kelas Keterampilan
Berbahasa Melayu yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Norazlina binti Haji Mohd
Kiram. Kenapa aku pilih untuk kongsikan tentang kelas ni ? Aku rasa kelas ni
agak menarik walaupun ada bahagian yang aku kurang selesa dalam kelas ni, tapi
aku pilih untuk redah je.
Kelas Keterampilan Berbahasa Melayu ni
mengajar aku tentang bagaiman seseorang itu seharusnya mengaplikasikan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian. Dalam kelas ni,
Dr. minta kami, para pelajar untuk selalu bercakap, menjadi juri awam dalam
pembentangan dan jangan takut untuk melontarkan idea atau pendapat. Aku seronok
dalam kelas ni kecuali apabila aku perlu bercakap dengan kuat kerana pada aku,
aku tak perlu buat macam tu π *buat muka macam bagus. Tapi, apa-apa
pun, kelas ni menyeronokkan π
Okay, sampai sini sahaja entri aku kali ni.
Sampai jumpa lagi π
No comments:
Post a Comment
Anda boleh tinggalkan komen sesuka hati anda di sini :)