Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Okay, mari teruskan dengan minggu keempat.
Minggu ni, Prof. ada seminar di negara Temasik. Alahai, takkan anda semua tak
tahu negara Temasik tu negara apa *gelak guling-guling. Singapura ye
rakan-rakan.
Jadi, kami semua telah diberi tugasan yang
mesti disiapkan secara individu. Ada dua soalan yang Prof, beri dan soalannya
adalah :
Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis
media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100
patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
Pilih salah satu media sosial/ media teknologi
tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan)
bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.
Tugasan individu ni perlu diselesaikan dalam
masa yang Prof. dah tetapkan. Arahan yang Prof. beri ni pada aku sangat ringkas
dan mudah. Tapi, entah macam mana aku boleh buat keputusan sendiri. Bak kata
orang kampung tu "memandai-mandai yo". Aku tak dapat nafikan tabiat
aku untuk taip sesuatu ikut benda yang aku biasa tengok. dalam arahan tu, Prof.
suruh letak bbm3410, tapi disebabkan aku ni terlebih bijak, aku pergi letak
BBM3410 *tepuk dahi. Lepas tu, berbekalkan keyakinan yang begitu tebal dalam
hati aku, aku pun emelkan tugasan tu pada Prof. tepat jam 2.09 petang.
Bila malamnya Prof. beritahu emel siapa yang
dia terima, aku hanya mampu berhuhu mengenangkan nasib yang aku sudah hilang
MUNGKIN 10 markah. Aku ulang lagi sekali, MUNGKIN. Boleh jadi lebih, dan boleh
jadi kurang.
Jadi, marilah sama-sama mendoakan aku untuk
jadi lebih tabah dalam menempuh kelas Prof. dimasa akan datang.
Sekian sahaja entri aku untuk kali ni.
Sampai jumpa lagi 👋
No comments:
Post a Comment
Anda boleh tinggalkan komen sesuka hati anda di sini :)