Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18 : Kisah suka-suka


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hai semua. Aku harap pembaca yang baca blog aku ni dikurniakan kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang di muka bumi Allah ni. Semoga anda semua berada dalam lindungan Dia yang Maha Kuasa. 

Perkongsian kali ini adalah perkongsian bebas. Sejujurnya dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku betul-betul tak tahu apa yang patut aku kongsikan dalam blog ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk kongsikan tentang kelas aku yang lepas. 



Kelas yang aku pilih ialah kelas Keterampilan Berbahasa Melayu yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Norazlina binti Haji Mohd Kiram. Kenapa aku pilih untuk kongsikan tentang kelas ni ? Aku rasa kelas ni agak menarik walaupun ada bahagian yang aku kurang selesa dalam kelas ni, tapi aku pilih untuk redah je.

Kelas Keterampilan Berbahasa Melayu ni mengajar aku tentang bagaiman seseorang itu seharusnya mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian. Dalam kelas ni, Dr. minta kami, para pelajar untuk selalu bercakap, menjadi juri awam dalam pembentangan dan jangan takut untuk melontarkan idea atau pendapat. Aku seronok dalam kelas ni kecuali apabila aku perlu bercakap dengan kuat kerana pada aku, aku tak perlu buat macam tu πŸ˜’ *buat muka macam bagus. Tapi, apa-apa pun, kelas ni menyeronokkan πŸ‘

Okay, sampai sini sahaja entri aku kali ni.
Sampai jumpa lagi πŸ‘‹


No comments:

Post a Comment

Anda boleh tinggalkan komen sesuka hati anda di sini :)

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✌ Yeayyyyy akhirnya aku berjaya sampai ke perkongsian yang terakhir ni. Aku ni bukan apa, teruja se...